Connect with us

Oh! Media

Ini Sebab Mengapa Pemerintah China Haramkan Siri Ultraman Ditayangkan Di Negara Itu

ultraman

Trending

Ini Sebab Mengapa Pemerintah China Haramkan Siri Ultraman Ditayangkan Di Negara Itu

Ohmedia tak pernah terfikir siri Ultraman yang disukai kanak-kanak mahupun dewasa boleh diharamkan tayangannya dalam sesebuah negara. Tapi itulah apa yang berlaku di China selepas pemerintah mereka memutuskan untuk mengharamkan siri Ultraman bagi tayangan kanak-kanak.

ADVERTISEMENT

Siri popular Ultraman yang ditayangkan sejak tahun 1966 itu diharamkan China atas alasan mempromosikan keganasan. Sekatan ini berlaku ke atas siri Ultraman Tiga yang sedang ditayangkan di China dan ini pastinya memberi kesan kepada jumlah penonton kerana rakyat China adalah penyumbang terbesar jumlah tontonan global.

Siri Ultraman Tiga sedang ditayangkan di platform penstriman China seperti Iqiyi, Bilibili dan Youku, tapi dengan pengumuman itu, nampaknya ia terpaksa dihentikan. Jadi apa agaknya reaksi penonton di sana?

Pastinya peminat Ultraman di China tidak berpuas hati kerana siri itu memang sudah menjadi tontonan mereka sejak kecil. Mereka juga berpendapat ibu bapalah yang seharusnya memantau anak-anak untuk tidak meniru aksi lawan Ultraman dan tidak sepatutnya diharamkan untuk tontonan semua.

Rasanya kalau kerajaan Malaysia pun halang memang tak patut sebab kita pun ada Ultraman sendiri. Ultraman Ribut sudah pastinya akan mengamuk kalau diharamkan, huhu…

Kredit: Global Times

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas