Connect with us

Oh! Media

Ini Punca Pasukan Hoki Malaysia Gagal Ke Separuh Akhir Piala Dunia Remaja 2021

hoki

Trending

Ini Punca Pasukan Hoki Malaysia Gagal Ke Separuh Akhir Piala Dunia Remaja 2021

Aksi pasukan hoki remaja negara nampaknya terhenti apabila tewas 0-4 kepada Perancis dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia Remaja 2021. Ini sekaligus menidakkan impian Malaysia untuk memperbaikan pencapaian terbaik yang pernah berada di tempat keempat sebelum ini.

ADVERTISEMENT

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Kalinda di Bhubaneswar, India malam tadi agak sengit. Bagaimanapun, pemain negara tidak mampu menghalang kapten Perancis Timothee Clement yang garang dalam padang hingga berjaya mendapat hatrik menerusi pukulan sudut penalti.

Clement menjayakan pukulan sudut penalti pada minit ke-14, 24 dan 60. 1 lagi gol disempurnakan oleh Mathis Clement menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-31.

Ini merupakan salah satu proses pembelajaran kepada kita, selepas membuat persiapan dalam masa yang singkat berikutan pandemik Covid-19. – Kata Akhimullah Anur Esook, ketua pasukan.

Perkembangan pasukan lain

Dalam pada itu, pasukan Belanda turut tewas 2-1 dengan pasukan Argentina yang merupakan juara bagi edisi 2005. Ini bermakna Perancis akan berdepan dengan Argentina di peringkat separuh akhir.

Pasukan Malaysia pula akan bertemu Belanda bagi penentuan tempat kelima hingga kelapan pada hari Jumaat ini.

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas