Connect with us

Oh! Media

MBSJ Bertindak Robohkan Gerai, Ini Luahan Sedih Peniaga Kecil

Trending

MBSJ Bertindak Robohkan Gerai, Ini Luahan Sedih Peniaga Kecil

Kecoh suasana di Bulatan Puchong Permai pagi semalam apabila Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bertindak mahu merobohkan gerai mereka. Ada yang bergelut dengan pihak penguat kuasa, dan ada juga yang sampai menangis.

ADVERTISEMENT

Mana taknya, ada antara mereka yang dah usahakan perniagaan dekat kawasan situ sejak 20 tahun lepas. Bahkan sebahagian dari mereka juga akan terus hilang sumber rezeki jika gerai itu dirobohkan. Salah seorang peniaga, Khadijah Che Lah, 62, telah meluahkan rasa sedihnya terhadap tindakan MBSJ.

“Tolonglah, mana kami nak cari rezeki kerana ini sahaja mata pencarian kami sejak 20 tahun lalu. Saya merayu, bantulah kami. Kebanyakan di sini adalah ibu tunggal yang hanya bergantung harap dengan berniaga.”- luahnya.

Kalau ikutkan, memang MBSJ dah arahkan mereka untuk berpindah ke tempat baru. Tapi menurut presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia (IKHLAS), Datuk Mohd Ridzuan Abdullah, tapak baru itu sangat kecil. Hanya sekadar 10 x 10 kaki, dah macam reban ayam. Jadi, ia sangat tidak sesuai buat para peniaga.

“Saya sudah maklum kepada pegawai MBSJ kita minta jumpa (Datuk Bandar) sekali sebab tempat baru ini macam reban ayam. Tapak dia kecil sangat. Bagi penjaja, tapak itu tidak sesuai. Jadi pegawai bahagian operasi MBSJ minta saya berbincang dengan bahagian pembangunan untuk selesaikan masalah ini.” – katanya.

Kalau korang nak tahu, pagi semalam semua peniaga siap bawa plakad tau yang tertulis pelbagai jenis mesej buat MBSJ. Antaranya, MBSJ Jangan Bertindak Zalim Semasa Covid-19, Menteri Besar Mohon Campur Tangan Isu Ini dan juga MBSJ Tangguh Dulu Perobohan – Ibu Tunggal Berniaga.

Namun, operasi meroboh gerai dapat dihentikan selepas IKHLAS membuat perbincangan dengan Persatuan Usahawan Primawalk Puchong (Puspep). Pengerusinya, Datuk Ismail Awang berkata, semua peniaga di kawasan tersebut diberi tempoh sehingga tujuh hari untuk robohkan sendiri gerai masing-masing. Puspep juga akan cuba merayu dari MBSJ dan Menteri Besar Selangor untuk terus kekalkan kawasan perniagaan di situ.

Harapnya, isu ini dapatlah diselesaikan dengan baik. Berilah peluang untuk dengar sendiri apa yang ingin diluahkan oleh para peniaga. Mesti ada sebab diorang taknak pindah ke tempat baru.

Kredit: Harian Metro, MalaysiaGazette

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas