Connect with us

Oh! Media

Ini Harga Baru Pelitup Muka Yang Akan Berkuatkuasa Mulai Awal Bulan Depan

Trending

Ini Harga Baru Pelitup Muka Yang Akan Berkuatkuasa Mulai Awal Bulan Depan

Sebelum ini pelitup muka tiga lapis dijual pada harga RM1 sekeping kan? Mulai awal bulan depan, harga maksimum bagi pelitup muka tiga lapis itu akan dijual pada harga RM0.70 sekeping.

ADVERTISEMENT

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan perkara ini. Bagi pemborong pula, ia turun daripada RM0.95 kepda RM0.65 sekeping.

Menurut Berita Harian, orang ramai perlu mengamalkan norma baharu untuk memakai pelitup muka, disebabkan itu pihak KPDNHEP telah membuat kajian semula harga pelitup muka membabitkan pengeluar tempatan dan pengimport.

Menurut Datuk Seri Alexander juga, harga baru ini akan berkuatkuasa melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bermula awal bulan depan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca harga baru pelitup muka di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas