Connect with us

Oh! Media

Ini Cadangan Bijak DAP Untuk Pulihkan Beban Rakyat

Trending

Ini Cadangan Bijak DAP Untuk Pulihkan Beban Rakyat

Nampaknya pada waktu ini orang politik sudah mula memikirkan cara untuk membantu rakyat dalam menghadapi Covid-19. Memang inilah yang sepatutnya dilakukan mereka.

ADVERTISEMENT

Ohmedia tertarik dengan cadangan yang diberikan oleh DAP melalui Setiausaha Agung mereka, Lim Guan Eng yang mencadangkan agar Belanjawan Perpaduan 2021 ini menyediakan perisai ekonomi Covid-19 berjumlah RM31.4 bilion.

Antara huraian bantuan yang menarik adalah merangkumi lanjutan moratorium secara automatik selama enam bulan, insentif pengambilan pekerja untuk pekerja dan majikan serta bantuan bulanan RM1,000 bagi menyelamatkan pekerjaan dan mata pencarian.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus memulakan proses rundingan Belanjawan Perpaduan 2021 dengan parti pembangkang, merangkumi dasar kewangan bagi memenuhi aspirasi Yang di-Pertuan Agong untuk menangani Covid-19 dan membantu ekonomi rakyat.

Tidak ada pihak yang dapat mempertikaikan bahawa lebih banyak dana harus diperuntukkan untuk barisan hadapan yang sedang memerangi gelombang ketiga jangkitan Covid-19 ini. – Katanya.

Untuk pengetahuan korang, Pelan Belanjawan 2021 akan dibentangkan pada hari Jumaat nanti dan Agong Sultan Abdullah sebelum ini mengharapkan agar orang politik dapat sama-sama memberikan sokongan padu bagi memastikan segala bentuk bantuan dapat direalisasikan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas