Connect with us

Oh! Media

Ini Alasan Pelaku Mengapa Sanggup Keluarkan Duit i-Sinar & Bina 11 Bonggol Sendiri Di Sebelah Rumah

Trending

Ini Alasan Pelaku Mengapa Sanggup Keluarkan Duit i-Sinar & Bina 11 Bonggol Sendiri Di Sebelah Rumah

Seorang lelaki tekad membina 11 bonggol di tepi rumahnya di Kampung Padang Luas, Jertih isnin lalu sekaligus menimbulkan kekecohan di daerah itu. Walaubagaimanapun, Nor Muhamad Roslam Harun telahpun memohon maaf atas perbuatannya itu.

ADVERTISEMENT

Dia juga mengaku bahawa perbuatannya membina bonggol yang jaraknya tak sampai 40 meter itu telah menyusahkan penduduk di situ untuk keluar masuk. 

Pagi semalam ada pegawai polis datang jumpa saya. Beliau menasihati saya dengan elok supaya membuang semua bonggol tersebut.

Roslam membina bonggol tersebut disebabkan gangguan bunyi bising dari kereta dan motosikal yang buatkan dirinya tak boleh tidur. Disebabkan berasa sangat tertekan, dia sanggup membelanjakan RM1,080 daripada pengeluaran RM5,000 wang i-Sinar untuk membina kesemua bonggol itu.

Sebenarnya saya mahu membina bonggol yang landai sahaja tetapi tar itu cepat mengeras menyebabkan ia menjadi bonggol tinggi sehingga tidak boleh dilalui semua kereta kecuali pacuan empat roda.

Walaubagaimanapun, Nor Muhamad Roslam Harun telahpun memohon maaf atas perbuatannya dan telah meratakan bonggol tersebut.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas