Connect with us

Oh! Media

Ini Alasan Gebenor Bank Negara Kenapa Sukar Bagi Moratorium Menyeluruh

Oh! Politik

Ini Alasan Gebenor Bank Negara Kenapa Sukar Bagi Moratorium Menyeluruh

Nampaknya keputusan untuk memberikan moratorium secara automatik kepada semua warga negara Malaysia seperti sebelum ini agak sukar direalisasikan.

Ini selepas kerajaan pada waktu ini hanya memberikan moratorium secara bersasar kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Gabenor Bank Negara Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus turut memberikan respon kepada mereka yang mencadangkan pemberian Moratorium secara menyeluruh dan dia menegaskan perkara itu hanya akan merencatkan lagi ekonomi negara untuk jangka masa panjang.

Moratorium menyeluruh tidak baik untuk ekonomi. Meskipun ia memberikan wang kepada orang ramai untuk jangka pendek, ia akan merencatkan ekonomi dan mempunyai kesan negatif.

  • Ia akan mengekang pemberian pinjaman baharu kepada isi rumah dan perniagaan memandangkan bank berdepan kekurangan penampan kewangan dan menimbulkan risiko.
  • Ia akan meningkatkan paras hutang. Sesiapa yang mampu membayar hutang, perlu membayar.
  • Ia akan mengekang pertumbuhan dan menjejaskan ekonomi untuk jangka panjang kerana akan lebih ramai peminjam berdepan hutang tinggi.
  • Ia akan menjejaskan kepentingan berjuta pendeposit serta pemegang taruh yang melabur dalam dana seperti Amanaj Saham Bumiputera (ASB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji, dan KWAP.
  • Tahap keyakinan dan kepercayaan kepada institusi perbankan akan terjejas teruk selain kestabilan sektor itu akan rapuh untuk jangka panjang.

Dalam pada itu, Datuk Nor Shamsiah turut menyatakan hutang isi rumah kini berbanding KDNK adalah 90 peratus dan ia tertinggi dalam sejarah Malaysia.

Semua yang dinyatakan ini sudah pasti agak sukar difahami oleh rakyat secara menyeluruh. Bagaimanapun, kerajaan harus melakukan sesuatu.

Bagi, Ohmedia agak wajar untuk memberikan moratorium secara menyeluruh kerana jika mereka yang masih mampu juga diberikan moratorium, mereka turut dapat mengurangkan kadar sewaan penyewa mereka dan ia sekaligus dapat mengurangkan kos belanja rakyat.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Politik

To Top