Connect with us

Oh! Tidak

Ingatkan Ajak Ke Rumah Untuk Berbual, Warga Asing Tak Sangka Kena Liwat

Sekarang ni gangguan seksual bukan hanya terjadi kepada kaum wanita je, lelaki pun ramai dah terkena. Kali ini, seorang lelaki warga asing difahamkan telah diliwat.

BACA: “Panggil Masuk Bilik Tengah Malam” – Ibu Dedah Kronologi Kes Liwat Anak, Mahu Tuntut Keadilan

IKLAN

Mangsa yang berusia 25 tahun dikatakan mengalami detik hitam itu selepas kenalan barunya iaitu seorang lelaki tempatan mengajak ke rumahnya untuk berbual.

Namun, lain pula yang jadi selepas dia sampai, suspek bertindak membuka baju, menyentuh badan dan kemaluan lelaki itu.

Difahamkan mangsa juga tidak menjerit disebabkan tak mahu jiran mendengar atau melihat kejadian memalukan yang terjadi kepadanya.

Susulan itu, dia membuat laporan polis dan mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan pemeriksaan menunjukkan kesan koyak pada duburnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisoner Shahrulnizam Jaafar juga telah mengesahkan mereka telah menerima laporan tersebut daripada mangsa dan kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Betul lah ek, lelaki pun dah tak selamat sekarang. Semoga mangsa sembuh dari trauma dan dapat keadilan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas