Connect with us
influencer

Oh! Tidak

Influencer Menyesal Berhenti Jadi Model Bila Tahu Suami Rupanya Biawak Hidup Dan Kaki Ketum

Di media sosial, tular luahan seorang wanita yang merana apabila suami enggan menceraikan dirinya dengan baik.

BACA: Isteri Minta Fasakh Jadi Punca Suami Tergamak Tikam Sampai Mati

IKLAN

Memulakan cerita, wanita ini berkata sebelum berkahwin dia merupakan seorang influencer dan model tudung. Boleh dikatakan dia mempunyai rupa paras dan perwatakan yang menarik.

Selepas berkahwin, dia sanggup meninggalkan kerjaya itu (review produk dan modelling) demi mentaati perintah suami yang melarang wajahnya menjadi tatapan lelaki lain.

influencer
Sekadar gambar hiasan

Tetapi, lain pula yang jadi apabila suami mula menunjukkan ‘belang’ yang sebenar. Sudahlah malas bekerja, suami juga pernah angkat tangan dan menjadikan rumahnya seperti hotel.

Saya memang dah tak tahan sangat hidup dengan suami. Dia buat rumah macam hotel, tak mahu kerja, saya yang terpaksa tanggung perbelanjaan anak, tanggung duit rumah sewa semuanya.

Suami pernah pukul, dia juga seorang peminum ketum yang sangat kuat! Kalau tak dapat beli ketum, dia jadi baran dan jadi nak marah maki-maki.

Suaminya yang biawak hidup juga selalu memaki hamun isteri dan keluarga mentua. Memang redflag habis apabila suami juga kantoi mencuri duit isteri beberapa kali.

Dia panggil saya pelacur atau gelarkan GRO, panggil saya dengan semua nama binatang sedangkan saya hidup hanya ada depan mata dia je, keluar pun dengan dia.

Si isteri yang hanya bekerja secara sambilan di rumah mengaku telefon sering diperiksa suami sehingga password media sosial pun suami tahu.

Wanita ini bimbang keadaan rumah tangga menyebabkan dia mengalami tekanan mental dan nekad meminta cerai.

Tetapi suami enggan menceraikannya dan memberi ugutan apabila isteri mahu tuntut fasakh!

influencer

Jap!


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas