Connect with us

Oh! Media

Influencer Didakwa Minta Makanan Percuma Di Restoran, Tawar Bayar Dengan Posting Media Sosial

influencer

Oh! Tidak

Influencer Didakwa Minta Makanan Percuma Di Restoran, Tawar Bayar Dengan Posting Media Sosial

Tak malu ke? Memang tak dapat dinafikan, kebanyakan restoran sekarang bersedia untuk memberikan makanan percuma dan memanggil golongan influencer untuk mencuba dan memberikan pandangan mereka.

ADVERTISEMENT

Dengan cara ini, secara tidak langsung influencer akan berkongsi kepada pengikut mereka dan dapat menarik mereka untuk mencuba sendiri. Tapi kalau pemilik restoran tak jemput, janganlah meminta makanan percuma pula.

Jangan ambil kesempatan dalam kesempitan orang lain

Macam apa yang berlaku dekat seorang pengusaha restoran di Australia, Katie Moron yang mendakwa telah dihubungi seorang influencer yang mahu makan percuma di tempatnya. Sebagai balasan, dia akan kongsikan video di media sosial.

Bukan tu jer, influencer ni turut meminta sejumlah bayaran dan baucar makan sekali. Sedap betul hang!

Disebabkan Katie dalam kesempitan kewangan, dia menolak permintaan influencer terbabit. Ini kerana dia merasakan apa yang diminta itu hanya akan membuatkan perniagaannya semakin tersepit dan rugi.

Kejadian macam ni bukan perkara baru tau sebab dah ramai influencer luar negara yang buat perangai macam ni. Diharapkan tak adalah influencer perangai macam ni dekat Malaysia. Lakukanlah apapun dengan niat ingin membantu orang lain, InsyaAllah kita juga akan terima ganjarannya jika ikhlas.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas