Connect with us

Oh! Media

Indomie Indonesia Jadi Mangsa Serangan Di Ukraine?

indomie

Trending

Indomie Indonesia Jadi Mangsa Serangan Di Ukraine?

Siapa sangka konflik di antara Ukraine dan Rusia ketika ini memberi kesan kepada pengeluaran mi segera popular Indomie dari Indonesia? Perkara itu dilaporkan oleh Al-Jazeera selepas Indomie di kedai-kedai di Indonesia berkurangan dan kehabisan stok.

ADVERTISEMENT

Orang ramai bertanya kepada kami mengapa tiada indomie. Kami masih mempunyai bekalan daripada jenama lain tetapi Indomie adalah yang paling terkenal dan tidak mempunyai sebarang penghantaran dalam beberapa minggu kebelakangan ini. – Kata seorang pemilik pasar mini.

Kekurangan bekalan ini dialami seluruh bandar di Indonesia dan ianya berpunca kerana Indomie memerlukan bahan mentah dari Ukraine.

Ukraine sebenarnya merupakan pengeksport gandum terbesar ke Indonesia dan konflik yang berlaku di negara itu sudah pasti menjejaskan syarikat mi segera ini untuk menghasilkan kira-kira 19 bilion pek setiap tahun. Untuk pengetahuan korang, Indomie telah di bawa masuk ke lebih 100 buah negara.

Melihat kepada data pada tahun 2020, Ukraine telah mengeksport sebanyak 3 juta tan gandum dan meslin (bijiran campuran gandum dan rai).

Serangan Rusia ke atas Ukraine ketika ini telah menyebabkan sektor ekonomi negara itu terhenti. Antara yang paling teruk terjejas adalah operasi di pelabuhan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas