Connect with us

Oh! Media

Individu Cetus Provokasi, Tuduh Polis Tendang Motosikal Ditahan

Oh! Tidak

Individu Cetus Provokasi, Tuduh Polis Tendang Motosikal Ditahan

Semalam, ohmedia ada kongsi dengan korang semua berita tentang video yang viral di Twitter gara-gara anggota polis dituduh tendang motosikal orang awam dan mengakibatkan kemalangan.

BACA: (Video) Rakaman Dashcam Bukti Polis Tidak Tendang Motosikal Hingga Kemalangan

Kalau korang tengok video dalam link BACA kami dekat atas, jelas tunjuk ada beberapa individu yang lantang bersuara dan buat provokasi dekat polis berkenaan. Sekali dapat tahu yang sebenarnya, pihak polis tak bersalah pun seperti yang dikatakan. Alamak!

Update terkini, polis dah pun menahan tujuh lelaki yang dipercayai telah mengepung dan menghalang tugas polis bagi membantu siasatan. Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, mereka semua akan dibawa ke Mahkamah Majistret Goergetown esok untuk permohonan reman.

Lebih teruk, dua daripada mereka rupanya mempunyai tiga hingga lima rekod jenayah melibatkan dadah. Bahkan, dua yang lain juga positif dadah jenis THC selepas ujian saringan air kencing dilakukan. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Akta sama atas kesalahan guna kekerasan jenayah terhadap penjawat awam dan melakukan ugutan jenayah.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini akan diteruskan termasuk melakukan tangkapan susulan terhadap suspek lain yang dikenalpasti.” – katanya.

Polis juga mendedahkan yang pihaknya akan buat siasatan terhadap posting di Facebook dan Whatsapp yang dah viral sebab kes ini. Yelah, dah mesej yang disampaikan pun berbaur fitnah dan tak tepat, memanglah kena buru dengan polis. Dah lah mesej tersebut boleh cemarkan nama baik PDRM.

“Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.” – tambahnya.

Harapnya dengan kejadian ini, boleh beri pengajaranlah pada kita ya. Tak salah nak jadi hero, tapi pastikan tindakan yang kita ambil itu betul dan maklumat yang kita dapat itu sahih. Kalau tak, takut makan diri kita balik nanti.

Kredit: Harian Metro

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top