Connect with us

Oh! Media

Iklan Produk Paling Tak Masuk Akal, Netizen Bengang Masih Ramai Yang Beli

Trending

Iklan Produk Paling Tak Masuk Akal, Netizen Bengang Masih Ramai Yang Beli


Semakin pesat perkembangan IT, semakin rancak dan berleluasa penipuan dan penyebaran maklumat palsu yang berlaku di media sosial sekarang.

ADVERTISEMENT

Kalau tengok di media sosial pun dah banyak ubat-ubatan yang dijual. Daripada penyakit biasa hingga ke penyakit kronik, sebut saja semuanya ada dijual.

Hari ini di Twitter, seorang peguam yang dikenali sebagai Ikhwan telah memuat naik screenshoot iklan ubat yang dijumpainya di laman Instagram. Iklan ubat itu dikatakan mampu menjadi penawar bagi penyakit kanser tahap 4. 

Ternampak iklan ni di Instagram. Rasa nak marah betul. Aku hilang arwah Mak Ngah sebab kanser 4. – Katanya.

Dia yang pernah kehilangan ibu saudara, menceritakan kekecewaanya apabila ahli keluarga terdesak dan sanggup keluarkan duit berpuluh ribu untuk bayar perubatan alternatif seperti ini.

Seksyen 4 Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) dah senaraikan 21 jenis penyakit yang iklan ubat DILARANG SAMA SEKALI untuk claim ada rawatan, boleh mencegah atau diagnos termasuklah KANSER. 

Klaim macam ni kata penawar kanser tahap 4 boleh memudaratkan pesakit. Tolonglah peniaga oii. – Kata Ikhwan di Twitter.

Dia juga dikatakan telah menghantar aduan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui emel berkenaan penjualan ubat yang membuat tuntutan (claim) dilarang oleh undang-undang.

Iklan ubat alternatif tersebut dikatakan turut mengundang kemarahan netizen di Twitter. Mereka juga turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah berdepan dengan penipuan oleh ubat alternatif.

Tidak dinafikan ramai pesakit yang disahkan menghidap kanser tahap awal yang lebih mempercayai rawatan alternatif berbanding perubatan moden. Tapi ingat lah perbuatan ini boleh membuatkan keadaan pesakit bertambah teruk. Lebih menyedihkan, ada juga yang kehilangan nyawa kerana percayakan informasi seperti ini.

Kredit: @JatIkwan

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas