Connect with us

Oh! Media

Ibu Report Polis, Lelaki Sumbat Vape Dalam Mulut Bayi Akhirnya Ditahan

Trending

Ibu Report Polis, Lelaki Sumbat Vape Dalam Mulut Bayi Akhirnya Ditahan

Seorang lelaki yang menyumbat vape ke dalam mulut bayi direman selama lima hari bermula hari ini.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Suap Vape Dalam Mulut Bayi, Pemuda Ini Teruk Dikecam Netizen

Harian Metro melaporkan, perintah reman itu dikenakan terhadap suspek yang merupakan seorang peniaga burger oleh Majistret R Salini di Mahkamah Majistret, Johor Bahru.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid, suspek dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan berhubung kejadian kemudiannya ditahan polis semalam.

Ia selepas pihak polis menerima laporan mengenai kejadian oleh ibu kepada bayi.

Untuk info, video lelaki tersebut mula tular di media sosial dan mendatangkan kemarahan warganet selepas dia kelihatan seakan terhibur dengan tindakan terbabit.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas