Connect with us

Oh! Media

Ibu Remaja Maut Masuk Rumah Hantu Harap Taman Tema Sedia Pasukan Perubatan

Trending

Ibu Remaja Maut Masuk Rumah Hantu Harap Taman Tema Sedia Pasukan Perubatan

Sebelum ini, tular rakaman video memaparkan seorang remaja lelaki mengalami serangan jantung semasa berada di sebuah rumah hantu di pusat peranginan di Bentong Pahang.

ADVERTISEMENT

BACA: Warga Emas Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Selepas Dikejar Anjing Liar

Arwah difahamkan berkunjung ke pusat peranginan itu bersama ahli keluarga rakan baiknya untuk bercuti.

Semasa kejadian mangsa tiba-tiba jatuh dan tidak sedarkan diri dipercayai terkejut selepas memasuki rumah hantu tersebut.

Menerusi laporan Sinar Harian, mangsa difahamkan menghadapi masalah jantung berlubang namun ahli keluarga tidak mengetahuinya.

Ibu, Norizan Mohd Said yang masih bersedih dengan pemergian anak berharap taman-taman tema di pusat peranginan di dalam negara mempunyai pasukan perubatan mereka sendiri.

Cuma akak nak katakan di sini, kalau boleh tempat-tempat taman tema macam rumah hantu itu biarlah ada pasukan paramedik supaya bila berlaku kecemasan seperti anak saya dapat diselamatkan.

Katanya, dengan adanya pasukan perubatan, bantuan awal dapat diberikan sekaligus mengelak insiden sama berlaku kepada individu lain.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas