Connect with us

Oh! Media

Ibu Pengsan! Remaja 18 Tahun Nikahi 2 Gadis Dalam Masa 2 Minggu

Trending

Ibu Pengsan! Remaja 18 Tahun Nikahi 2 Gadis Dalam Masa 2 Minggu

Perkahwinan pada usia yang muda memang tidak menjadi kesalahan, bahkan ia mampu menghindarkan anak muda kita dari terus terjebak dengan maksiat dan ia juga boleh mematangkan mereka.

ADVERTISEMENT

Tapi apa yang menarik perhatian Ohmedia adalah bila viral dekat media sosial sekarang di mana seorang remaja lelaki yang baru sahaja berusia 18 tahun telah menikahi dua orang gadis dalam tempoh hanya 2 minggu.

Handal kau dik! Tapi tenang, sebab kejadian ini berlaku di Lombak Barat, Indonesia dan remaja itu adalah seorang pelajar yang menikahi dua orang gadis yang masih bersekolah.

Lebih menarik lagi bila keluarga remaja terbabit telah membenarkan perkahwinan ini berlaku dengan mengikut tradisi mereka tanpa memaklumkan kepada Pejabat Agama.

Ketika saya sedang tidur, saya terkejut ketika keluarga itu datang meminta untuk menikahkan anak gadis mereka dengan anak saya sehingga menyebabkan isteri saya pengsan. Kami menerimanya dan kami harus memikul tanggungjawab. – Kata bapa lelaki tersebut.

Rupa-rupanya anak sulung mereka dah berkahwin dengan isteri pertama pada 17 September lalu, tetapi 1 minggu selepas itu datang pula satu lagi keluarga yang juga mahu anak perempuan mereka dikahwinkan sebagai isteri kedua.

Patutlah mak dia pengsan. Apa-apapun kita tetap kena ucapkan tahniah dekat adik 18 tahun ni. Sebab itu juga dikira rezeki, tetapi besar tanggungjawab yang perlu digalas. Semoga kekal hingga ke syurga.

Kredit: Kompas.com

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas