Connect with us

Oh! Media

Ibu Mentua Suapkan Bubur Pada Bayi Umur 3 Hari Undang Marah Netizen

Oh! Tidak

Ibu Mentua Suapkan Bubur Pada Bayi Umur 3 Hari Undang Marah Netizen

Bagi seorang bayi yang berusia enam bulan ke bawah, hanya susu ibu atau susu formula dibenarkan menjadi santapan mereka. Ini merupakan pengetahuan asas yang perlu difahami semua orang.

ADVERTISEMENT

BACA: Bayi Kritikal Termakan Serbuk Putih Disyaki Racun Tertumpah Di Lantai

Suap bubur pada bayi berusia 3 hari

Namun lain pula jadinya apabila tular satu video di TikTok menunjukkan perbuatan seorang ibu mentua yang mendatangkan marah dalam kalangan netizen.

@alya_82 sungguh nyesak dada ini liat anak umur 3hari sudah diberi bubur SUN pdhl udah dilarang keras dg bidannya beginilah kalau tinggal dg mertua dan saudara2nya serba salah 😭😭😭#anakku #bayi #fyp ♬ Buah Hati – Armada

Menerusi video yang dimuat naik pengguna bernama Alya itu, ia menunjukkan tindakan ibu mentuanya yang menyuap beberapa sudu bubur kepada seorang bayi yang dipercayai baru berusia tiga hari.

Dapat dilihat walaupun bayi kecil itu tidak dapat menelan bubur itu, ibu mentuanya tetap memaksa bayi kecil itu untuk menelan bubur yang disuapnya.

Netizen sakit hati

Perbuatan yang dilakukan ibu mentua kepada Alya itu mendatangkan rasa marah dalam kalangan netizen. Rata-rata netizen menyelar tindakan wanita berkenaan.

Kalau taknak dijaga dengan elok bayi tu, serahkan pada mereka yang memerlukan. Terseksa tengok bayi tu cuba menelan walaupun dia tidak boleh pada hakikatnya.

Untuk info, kejadian ini dipercayai berlaku di Indonesia.

Kredit: TikTok Alya_82

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas