Connect with us
kanak-kanak

Oh! Tidak

Ibu Bapa Tinggal Anak Dalam Kereta Sehingga Menangis Dan Pucat Undang Kecaman

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak ditemui menangis seorang diri akibat kepanasan di dalam sebuah kereta.

Menerusi X, seorang pengguna telah berkongsi video kejadian itu yang diambil dari laman Tiktok

IKLAN

Difahamkan, kanak-kanak lelaki itu ditinggalkan dalam kereta dengan tingkap terbuka sedikit di bahagian delan tanpa enjin dihidupkan.

Tambahan, individu yang berkongsi video berkenaan kesal dan terkilan kerana ibu bapa membiarkan kanak-kanak berkenaan seorang diri di dalam keadaan cuaca panas.

Budak

Tengok, aku jumpa tadi. Budak menangis dalam kereta, berpeluh sampai pucat. Enjin mati, kemudian dibiarkan tingkap depan sahaja dibuka sedikit. Gila apa la, tinggalkan anak dalam kereta dalam keadaan panas seperti ini.

Dalam pada itu, individu berkenaan turut mengatakan hampir 40 minit dirinya menunggu pemilik kenderaan terbabit datang, namun tidak kelihatan kelibatnya.

Malah, individu itu terpaksa memohon bantuan orang ramai yang berada di lokasi kejadian dengan terpaksa memecahkan cermin kereta bagi menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap dalam kereta.

Dekat 40 minit aku di situ, tiada pun ibu bapanya datang. Jadi, aku meminta pertolongan orang ramai. Info terkini, budak tu selamat. Kami pecahkan cermin dan bawa budak tu tinggal di klinik berhampiran.

kanak-kanak

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa marah dan geram dengan sikap ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut kerana sanggup meninggalkan seorang budak kecil seorang diri dalam kereta.

kanak-kanak

kanak-kanak

BACA: Ibu Dan Kawan Pengkid Sudah Ditahan Polis, Didakwa Dera Kanak-Kanak 7 Tahun

Terdahulu, tular di media sosial hari ini rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki 7 tahun menjadi mangsa dera disyaki perbuatan ibu kandungnya sendiri.

Kredit: OhMyMedia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Sekarang ni baik ibu bapa atau pengasuh kena check okay ke tak. Jangan main-main nyawa tau tu!

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas