Connect with us

Oh! Media

Ibu Bapa Salahkan Influencer Kata SPM Tak Penting Jadi Punca 10K Pelajar Tak Hadir

spm

Oh! Tidak

Ibu Bapa Salahkan Influencer Kata SPM Tak Penting Jadi Punca 10K Pelajar Tak Hadir

Tidak dinafikan ada peningkatan dalam prestasi pelajar tingkatan 5 dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023. Bagaimanapun, data juga menunjukkan peningkatan bagi jumlah pelajar yang tidak hadir menduduki SPM.

ADVERTISEMENT

Lebih 10 ribu pelajar tak ambil SPM..

Memetik laporan Harian Metro, calon SPM 2023 adalah seramai 395,870 calon dan seramai 10,600 calon tidak hadir menduduki peperiksaan.

Disebabkan itu, Ketua Pengarah Pendidikan, Tuan Haji Azman Bin Haji Adnan menyatakan pihaknya memandang serius perkara ini dan akan tanganinya.

Kita akan teliti satu persatu, intervensi akan kita laksanakan untuk tangani perkara ini sebaiknya.

Susulan berita tersebut sudah tular, netizen bukan saja meluahkan rasa risau, malah menuduh hal itu berlaku kerana pengaruh influencer di media sosial hingga membuatkan murid sekolah malas mahu mengambil kerta peperiksaan SPM.

Ini kerana, ramai anak muda merasakan tidak penting untuk mengambil SPM kerana menjadi influencer mudah serta ada yang merendah-rendahkan ilmuan kerana tidak mampu hidup mewah seperti pempengaruh media sosial.

Disebabkan itu, ramai ibu bapa menggesa kerajaan mengambil langkah komprehensif untuk membendung isu ini berleluasa kerana bimbang pelapis negara semakin tidak mempunyai kualiti.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas