Connect with us

Oh! Media

Ibu Bapa Pakai Braces Pada Bayi Teruk Dikecam Netizen

bayi

Trending

Ibu Bapa Pakai Braces Pada Bayi Teruk Dikecam Netizen

Tular di media sosial semalam mengenai sebuah video yang memaparkan seorang bayi perempuan comel di TikTok.

ADVERTISEMENT

Namun, bukan kecomelan bayi perempuan itu yang menjadi tumpuan netizen tetapi gigi kanak-kanak berkenaan telah dipasang pendakap gigi.

@putsho05

♬ LDR KERAS BOS – Breaks Music Group

Ia sekaligus mengundang pelbagai kritikan daripada netizen yang merasakan ibu bapa kanak-kanak berkenaan bersikap tidak bertanggungjawab kerana memasang pendakap gigi pada si kecil itu memandangkan umur anak yang masih kecil.

Kata netizen, pemakaian pendakap gigi pada bayi boleh membahayakan proses pertumbuhan gigi berikutan struktur rahang dan gigi yang masih belum tumbuh secara sepenuhnya.

Selain ibu bapa bayi berkenaan dikecam hebat, netizen turut meluahkan rasa simpati kepada si kecil itu yang terpaksa menanggung sakit akibat diperlakukan sedemikian rupa.

Ada juga yang berharap bahawa pendakap gigi berkenaan hanyalah ‘filter’semata-mata dan bukannya ‘braces’ yang sebenar.

Difahamkan peristiwa berkenaan berlaku di negara jiran, Indonesia dan sehingga kini masih belum ada respon daripada ibu bapa kanak-kanak perempuan itu berhubung hantaran video tersebut di media sosial.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas