Connect with us

Oh! Media

Hujan Batu & Ribut Kuat Di Port Dickson, 137 Buah Rumah Rosak

Oh! Tidak

Hujan Batu & Ribut Kuat Di Port Dickson, 137 Buah Rumah Rosak

Petang kelmarin berlaku kejadian hujan batu dan ribut yang mengakibatkan 137 rumah rosak di Port Dickson iaitu 47 rumah di Kampung Baru Tanah Merah Site C, 40 rumah di Taman Jimah Jaya dan 50 rumah di Ladang Tanah Merah.

ADVERTISEMENT

Salah satu penduduk di Taman Jimah Jaya, M Selvam terkejut apabila dengar ada bunyi air hujan yang kuat di atap rumahnya sebelum menyedari kehadiran hujan batu pada pukul 5.30 petang hari kejadian.

Menurut laporan Harian Metro, bumbung rumah yang didiami M Selvam sekeluarga  pecah disebakan hujan batu dan mengakibatkan air masuk di dalam rumahnya. 

Saya hanya memikirkan keselamatan kami sekeluarga. Kami tidak berani keluar rumah kerana hujan air batu masih berlaku manakala bumbung kediaman diterbangkan ribut.

Menurut seorang lagi mangsa di kawasan perumahan itu, P Gamgeswary mengatakan yang kejadian seperti ini adalah pertama kali berlaku di sana. 

Hujan air batu serta ribut kuat menyebabkan bumbung rumah saya rosak teruk. Air hujan mencurah masuk melalui celah dinding dan bumbung.

Suami saya hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah berhampiran. Kami tidak mampu menanggung kos baik pulih atap rumah yang rosak.

Saya berharap pihak kerajaan dan pejabat daerah dapat membantu membaik pulih kerosakan berikutan cuaca tidak menentu kini.

Semoga pihak berkuasa dapat membantu mereka yang memerlukan ini, tambahan lagi dengan penularan wabak Covid19 yang buatkan kebanyakkan rakyat sekarang ni terjejas.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top