Connect with us

Oh! Media

(Video) Hotel 5 Bintang Teruk Terbakar Di Langkawi

Trending

(Video) Hotel 5 Bintang Teruk Terbakar Di Langkawi

Sebuah hotel terkenal di Teluk Datai, Langkawi dilaporkan telah terbakar pada petang semalam dan menurut laporan media pada hari ini, bangunan hotel itu dilaporkan lagi sekali terbakar pada awal pagi tadi.

ADVERTISEMENT

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi hari ini, hotel itu dikatakan terbakar semula disebabkan angin kencang selain struktur bangunan hotel itu yang diperbuat daripada kayu.

Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 1.13 pagi.

Sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi kemudian dikejarkan ke lokasi bagi melakukan operasi pemadaman.

Kebakaran membabitkan bangunan bersebelahan blok utama hotel berkenaan dengan anggaran keluasan ialah 91 meter panjang dan lebar 274 meter.

Anggaran kemusnahan struktur bangunan itu ialah hampir 100 peratus. – Katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, pihaknya juga mengalami masalah bekalan air dan akses untuk melakukan operasi pemadaman.

Anggota juga ada membuat pengawalan kebakaran di bahagian restoran bersebelahan hotel itu.

Kebakaran membabitkan bangunan bersebelahan blok utama hotel berkenaan. Anggaran kemusnahan struktur bangunan itu ialah hampir 100 peratus. – Katanya.

Kredit: Harian Metro, Bernama

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas