Connect with us

Oh! Media

Hisap ‘Vape’ Boleh Tingkatkan Risiko Mati Pucuk?

risiko mati pucuk

Trending

Hisap ‘Vape’ Boleh Tingkatkan Risiko Mati Pucuk?

Sekumpulan penyelidik dari Universiti New York telah menjalankan kajian dan mendapati tabiat menghisap vape atau rokok elektronik boleh tingtkatkan risiko mati pucuk.

ADVERTISEMENT

BACA: England Negara Pertama Di Dunia Jadikan Vape Sebagai Produk Perubatan?

Menerusi laporan Kosmo, satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal American Journal of Preventive Medicine menyatakan, lebih dua kali ganda lelaki sihat berusia 20 hingga 65 tahun yang mengamalkan tabiat hisap vape setiap hari melaporkan mengalami masalah mati pucuk.

Analisis termasuk mereka yang tiada sejarah merokok

mati pucuk

Menurut penulis kajian, Omar El Shahawy, analisis yang mereka lakukan mengambil kira sejarah merokok dalam kalangan peserta, termasuk mereka yang tidak pernah merokok sebelum ini.

Hampir 46,000 individu dewasa dianalisis oleh pasukan penyelidik itu dan mereka juga menilai maklumat yang dilaporkan oleh lelaki sihat yang menggunakan vape dengan kerap.

Kami mengasingkan individu yang mempunyai masalah kolesterol tinggi, diabetes, obesiti dan penyakit kardiovaskular yang merupakan sebab utama bagi mati pucuk. – Omar

Penyelidik juga menyatakan bahawa tidak mustahil untuk tabiat menghisap vape setiap hari dikaitkan dengan masalah mati pucuk tanpa mengira sejarah merokok seseorang itu.

Jadi, untuk mereka di luar sana yang mengamalkan tabiat ini, fikir-fikirkan lah masa depan anda dan keluarga. Tak rugi pun kalau berhenti hisap vape kan?

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas