Connect with us

Oh! Media

Hina Islam Dan Nabi, Lelaki Positif Dadah Dicekup Polis

Trending

Hina Islam Dan Nabi, Lelaki Positif Dadah Dicekup Polis

Akhir-akhir ini, isu mempersenda dan menghina agama Islam semakin menjadi-jadi di negara kita ni. Apa yang lebih mengejutkan ialah perbuatan itu dilakukan oleh orang Islam sendiri.

ADVERTISEMENT

BACA: “Tak Sepatutnya Aku Buat Macam Tu” – Lelaki Hina Islam Mohon Maaf Lepas ‘Berkicap’ Kena Belasah

Bermula dengan seorang wanita yang mempersendakan agama dengan menanggalkan pakaian sewaktu melakukan persembahan, sehinggalah seorang lelaki yang membuat kenyataan dengan menyamakan Nabi Muhammad seperti ‘khinzir’.

Ludah, samakan Islam seperti najis

Terbaru, tular satu video memaparkan seorang lelaki membuat kenyataan yang menghina kesucian agama Islam.

Menerusi video dimuat naik Viral Media Kelate itu, lelaki berkenaan menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap tindakan orang ramai yang memukul lelaki yang menghina Islam serta Nabi Muhammad semalam.

Islam itu celaka, pukul orang ramai-ramai. Islam ke macam tu?

Orang Islam penakut, pukul ramai-ramai, kalau berani pergi sorang-sorang.

Bukan itu sahaja, dia turut meludah serta menyamakan agama Islam dengan najis sambil menunjukkan punggungnya dengan jari tengah di hadapan kamera.

Akhirnya dicekup polis

Susulan dari tindakannya itu, dia akhirnya diberkas pihak polis kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, suspek berusia 35 tahun yang tidak bekerja ditahan dalam satu serbuan yang dibuat di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong, Machang.

Hasil soal siasat, suspek mengaku memuat naik video yang menyebut perkataan penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas suspek juga didapati positif dadah jenis methaphetamine.

Menurut Zaki lagi, kes akan disiasat mengikut Seksyen 298 dan 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan juga Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995.

Kredit: Facebook | Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas