Connect with us

Oh! Media

Hidup Dengan Penagih Dadah, Budak Umur 4 Tahun Terpaksa Tidur Bertemankan Sampah Sarap

Oh! Tidak

Hidup Dengan Penagih Dadah, Budak Umur 4 Tahun Terpaksa Tidur Bertemankan Sampah Sarap

Betul bila orang kata dadah memusnahkan diri dan juga sekeliling. Baru-baru ini tular di TikTok, serbuan AADK di sebuah kediaman yang mengejutkan seluruh warganet.

ADVERTISEMENT

BACA: ”Saya Menyesal” – Selepas Kantoi Miliki Dadah, Cliff Umar Akhirnya Bersuara

Menerusi hantaran video tersebut, seorang wanita berkongsi rumah tersebut dipercayai dipenuhi dengan penagih dadah.

Lebih mengejutkan, keadaan rumah berkenaan penuh sampah sarap dan ada kanak-kanak sedang tidur.

Meruntun jiwa saya pada waktu itu apabila mendapati seorang kanak-kanak usianya lingkungan 4 tahun tidur berhampiran timbunan sampah.

@shanizam9910

keadaan didalam rumah semasa aktiviti penahanan seseorang yang disyaki sebagai penagih d4d4h. meruntun jiwa saya pada waktu itu apabila mendapati seorang kanak2 usianya dalam lingkungan 4 tahun tidur berhampiran timbunan sampah. saya dengan bantuan rakan saya telah mendapatkan bantuan JKM utk membantu kluarga ini . kami di AADK hadir utk membantu merawat bukan utk menghukum. usah takut utk mendapatkan rawatan secara sukarela di AADK berdekatan dan jangan biarkan hidup anda musnah disebabkan D4d4h. #ambilpeduliambiltahu #musuhno1negara

♬ original sound – Arnysuhanaa – Arnysuhanaa

Katanya dalam hantaran lain, penemuan kanak-kanak itu bukanlah dari misi mereka.

Dapatkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Hasil serbuan itu, mereka berjaya menangkap 2 orang lelaki dewasa dan seorang wanita yang dipercayai penagih dadah.

Saya dengan bantuan rakan saya telah mendapatkan bantuan JKM untuk membantu keluarga ini.

Hasil pemeriksaan dan ujian air kencing mendapati 2 orang lelaki tersebut positif.

@shanizam9910

Replying to @Siti Idris kes ini berlaku tahun lepas 2023. last yg sy tahu rumah itu telah dibersihkan dan kanak2 tersebut selamat dalam jagaan ibu mereka.

♬ original sound – Sha27 – Sha27

Susulan itu, rumah tersebut telah pun dibersihkan dan kanak-kanak itu berada dalam keadaan selamat di bawah jagaan ibunya.

Allahu… Kesiannya budak tu. Nasib baik AADK bertindak cepat. Semoga kanak-kanak itu sentiasa dilindungi.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas