Connect with us

Oh! Media

‘Hello, Mana Mask?’ – Instafamous Dikecam Tak Ikut SOP, Ini Responnya

Trending

‘Hello, Mana Mask?’ – Instafamous Dikecam Tak Ikut SOP, Ini Responnya

Apabila bergelar selebriti media sosial, segala tindak tanduk sentiasa menjadi perhatian orang ramai. Sebagai seorang influencer, mereka harus menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada para pengikut.

ADVERTISEMENT

Terbaru, Azfar Heri menerima kritikan selepas memuat naik beberapa keping foto menghadiri majlis persandingan Syamel dan Ernie. Dia didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standart (SOP) apabila dilihat membuka pelitup muka.

Rata-rata mempersoalkan penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka sebagai tetamu di majlis tersebut. Namun, Azfar Heri menerusi ruangan balas menjelaskan dia hanya membuka pelitup muka ketika bergambar dan makan.

Jelasnya lagi, dia segera mencuci tangan dengan hand sanitizer sebelum memasuki rumah. Dia turut berterima kasih kepada orang ramai yang mengambil berat.

Kredit: Azfar Heri

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas