Connect with us

Oh! Media

Hanya Salah Faham, Addy Kanna & Alvin Goh Tak Terlibat Macau Scam? Tapi…

Trending

Hanya Salah Faham, Addy Kanna & Alvin Goh Tak Terlibat Macau Scam? Tapi…

Apa sudah jadi? Siapa Macau Scam yang sebenar? Persoalan ini timbul apabila pihak polis hari ini mengesahkan bahawa tangkapan Addy Kanna dan Goh Leong Yeong yang lari panjat pagar SPRM hari itu sebenarnya tidak terlibat dengan kegiatan penipuan Macau Scam.

ADVERTISEMENT

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed yang melihat tanggapan ini hanya ingin mencetuskan suasana tidak aman negara.

Hanya agen sediakan kumdahan tempat tinggal?

Tangkapan ke atas lelaki yang dikenali sebagai Addy Kanna dan seorang lelaki dikenali sebagai Goh Leong Yeong @ Alvin yang melarikan diri dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, 11 Oktober lalu tidak terbabit dalam kegiatan penipuan atau Macau Scam di negara ini.

BACA: Datuk Seri Panjat Pagar SPRM, Rupanya Dibantu Bodyguard!

Sebaliknya kedua-dua mereka adalah koordinator atau agen untuk menyediakan kemudahan kediaman, pusat panggilan dilengkapi peralatan komputer dan telekomunikasi serta kemudahan internet kepada warga negara China yang diupah oleh sindiket penipuan antarabangsa didalangi oleh rakyat China

Datuk Huzir juga menjelaskan yang pusat ini hanya mensasarkan rakyat di negara China bagi aktiviti perjudian, penipuan pelaburan mata wang asing (Forex) dan penipuan pembelian barang dan tuntutan barang seperti Scam.

Maklumat tidak tepat

Kita juga masih mengesan Alvin yang melarikan diri di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada 11 Oktober lalu.

Malah dakwaan perbualan telefon yang tular menyatakan Addy akan dibebaskan juga tidak tepat apabila dia kini ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) bersama dua lagi individu selain usaha mengesan Alvin masih giat dijalankan

Pihak polis juga mengatakan mereka tidak akan mendedahkan sebarang hasil siasatan buat masa ini bagi mengelakkan berlaku salah faham.

Siasatan ke atas Alvin dan Addy Kanna sedang giat dilakukan dan kita nampaknya hanya perlu menunggu hasilnya. Diharapkan apa jua yang berlaku, pesalah perlu dibawa kemuka pengadilan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas