Connect with us

Oh! Media

Hanya Basikal Dijumpai, Kanak-Kanak Lelaki Disyaki Lemas Terjatuh Sungai

kanak-kanak lelaki

Trending

Hanya Basikal Dijumpai, Kanak-Kanak Lelaki Disyaki Lemas Terjatuh Sungai

Kejadian di Kampung Perupok Yan Kedah, seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun ditakuti lemas kerana disyaki terjatuh sungai.

ADVERTISEMENT

BACA: Kanak-Kanak Lelaki Meninggal Dunia, Lemas Dalam Kolam Setinggi 0.6 Meter

Menurut laporan Kosmo, kanak-kanak lelaki yang bernama Muhammad Hafizan Awaisy itu telah bermain di tepi sungai pada petang semalam.

Dihanyut arus sungai ketika hujan lebat

kanak-kanak lelaki

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, ibu mangsa mengatakan bahawa anaknya telah dihanyut arus sungai ketika hujan lebat.

Sebelum kejadian berlaku, mangsa telah bermain dengan kakaknya yang berumur 9 tahun di tempat kejadian. Kakaknya dikatakan telah pulang ke rumah terlebih dahulu dan membiarkan mangsa seorang diri di tepi sungai.

Setelah mangsa tidak kelihatan pulang ke rumah, ibu dan kakak mangsa telah pergi ke sungai tersebut dan melihat hanya basikal mangsa sahaja yang ditemui di tepi sungai.

Pasukan penyelamat masih berusaha mencari mangsa di kawasan tersebut. Semoga mangsa ditemui dengan kadar yang segera.

Peringatan untuk semua, jangan biarkan anak-anak bermain seorang diri di luar sana. Takut perkara tidak diingini seperti ini berlaku dan pada masa itu, hanya mampu berserah pada takdir.

Kredit: Awani | Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas