Connect with us

Oh! Media

Hanya 50 Sen, Lelaki Ini Tak Sangka ‘Lukisan’ Dapat Sambutan.. Ramai Yang Terhibur!

Trending

Hanya 50 Sen, Lelaki Ini Tak Sangka ‘Lukisan’ Dapat Sambutan.. Ramai Yang Terhibur!

Seorang lelaki mencuri tumpuan apabila menjual lukisan hanya serendah 50 sen di Shopee. Lukisan yang dibuat menggunakan tetikus itu mendapat sambutan hangat sehingga mencecah 326 jualan. Difahamkan, Adib Afdzal mendapat idea untuk memulakan bisnes unik ini selepas melihat ada orang menjual kata-kata hikmah di platform tersebut.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Malay Mail, Adib pada ketika itu sedang menyunting poster menggunakan Adobe Photoshop untuk syarikatnya. Tiba-tiba dia terfikir untuk menjual hasil seninya itu di platform Shopee.

Pada awalnya, lukisan tiada sebarang sambutan namun pesanan menjadi banyak selepas lukisannya viral di Tiktok.

lukisan murah di shopee

Hanya menggunakan Photoshop dan tetikus untuk membuat lakaran, Adib mengenakan cas serendah 50 sen bagi hitam putih manakala 80 sen untuk lakaran berwarna. Paling tak sangka, rata-rata meninggalkan maklum balas positif dan berterima kasih kepadanya kerana telah menghiburkan pelanggan.

Alhamdulilah dalam setengah jam dah dapat. Selepas saya tengok lukisan ni, baru saya sedar dan bersyukur bahawa saya sangat jelita. Yang paling menambahkan seri di wajah, paling ketara bahagian rambut iaitu 7 helai fringe. Memang tak sangka.

Adib turut meluahkan rasa terharu apabila hasil seninya akhirnya mendapat pujian dan penghargaan orang ramai. Dia bersyukur dapat mengurangkan tekanan orang ramai dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Kredit: Adib Afdzal , Malay Mail

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas