Connect with us

Oh! Media

“Hang Duduk Tropicana, Nak Tunjuk Samseng Dengan Aku…” – Lan Pet Pet Belasah Seorang Penghantar Makanan

Trending

“Hang Duduk Tropicana, Nak Tunjuk Samseng Dengan Aku…” – Lan Pet Pet Belasah Seorang Penghantar Makanan

Kecoh di media sosial malam tadi apabila seorang pelawak terkenal, Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad telah memukul seorang lelaki dipercayai seorang rider makanan.

ADVERTISEMENT

Dalam video yang berdurasi 24 saat itu, pelawak berkenaan dilihat merangkul leher lelaki terbabit sebelum memukulnya di kepala.

Dalam masa yang sama, Lan Pet Pet dilihat sempat ditenangkan oleh tiga lagi individu lain daripada terus membelasah pemuda berkenaan di tepi jalan raya. Namun punca berlakunya kejadian ini tidak dapat dipastikan. Pelawak berusia 51 tahun itu juga sempat memberi kata-kata berbaur amaran keras “Hang duduk Tropicana, nak tunjuk samseng dengan aku…hang tau dak aku sapa?”

Dua tahun lalu, Lan Pet Pet pernah tular apabila bertindak memukul seorang pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Pak Ya di sebuah taman perumahan Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan. 

Disebabkan kejadian itu pelawak berkenaan telah dikenakan denda sebanyak RM2,000 di Mahkamah Majistret Seremban disusuli dengan permohonan maaf kepada pengawal keselamatan tersebut.

Kredit : HarianMetro dan ArifDanial

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas