Connect with us

Oh! Media

Hak Anak OKU Dinafikan! Bapa Kecewa Peniaga Suruh Alih Kereta Dari Tapak Parkir Khas

anak oku

Oh! Tidak

Hak Anak OKU Dinafikan! Bapa Kecewa Peniaga Suruh Alih Kereta Dari Tapak Parkir Khas

Biasa kita dengar orang normal tanpa rasa bersalah letak kereta mereka di tempat letak kereta Orang Kelainan Upaya (OKU) tapi kali ini ada pula peniaga yang salahguna kemudahkan ini sebagai tempat mereka turunkan barang niaga.

ADVERTISEMENT

Perkara ini diluahkan oleh seorang lelaki di Facebook Isma Nizam Norahman apabila hak anaknya yang OKU dinafikan. Nizam berkongsi dia berasa kecewa apabila ada peniaga telah memintanya untuk alihkan kenderaan dari tapak khas tersebut.

Kejadian itu berlaku di sebuah kompleks sukan di Klang pada Ahad lalu. Nizam menceritakan ketika itu ramai pengunjung ke kompleks sukan dan tempat letak kereta OKU juga penuh. Dia kemudian ternampak satu tapak khas yang kosong tetapi telah diletakkan satu kerusi dan mengalihkannya untuk meletakkan kenderaan bagi memudahkan proses mengeluarkan anaknya.

Ketika itulah seorang individu datang dan memintanya alihkan kenderaan dengan alasan dia nak gunakan tapak itu untuk letakkan van niaga di situ. Nizam turut sudah memaklumkan dia amat memerlukan tapak khas berkenaan kerana anaknya OKU namun peniaga terbabit tetap bertegas meminta alihkan kenderaan.

Nanti abang alih ya kereta abang…

Nizam yang berasa hairan dengan permintaan peniaga terbabit yang masih minta alihkan kenderaan terus menegaskan sekali lagi tentang hak anaknya yang OKU.

OKU kot bang. Parking pun OKU. Sticker OKU negeri Selangor pun ada, orang OKU pun ada, perlu ke bang saya alih kereta?. Kalau saya sorang tak bawak anak saya, saya tak parking kat petak biru ni. Malu bang badan elok parking kat tempat bukan hak kita ni. – Katanya.

Peniaga itu kemudian baru sedar dan meminta maaf.

Diharapkan agar kita semua peka dengan kemudahan dan hak yang Orang Kelainan Upaya ini. Bertimbang rasalah sesama kita…

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas