Connect with us

Oh! Media

Lelaki Sedih, Kucing Kesayangan Sanggup Berkorban Demi…

Trending

Lelaki Sedih, Kucing Kesayangan Sanggup Berkorban Demi…

Disebabkan cemburu dan hasad dengki sampai ada yang diluar sana yang sanggup buat apa saja untuk tengok orang yang dibenci merana. Tak fikir dah halal haram, janji apa yang mereka inginkan tercapai.

ADVERTISEMENT

Kejadian itu lah yang menimpa kepada seorang lelaki bernama Man, yang mahu berkongsi pengalaman pelik yang berlaku kepada keluarganya sebagai pengajaran.

Ceritanya bermula apabila haiwan peliharaan mereka akan mati setiap kali ibunya yang berniaga kecil-kecilan dengan menjual kuih muih sejuk beku itu, menerima tempahan daripada pelanggan.

Jika diikutkan di kawasan tempat tinggal saya ini kebanyakannya jenis orang berniaga dan mungkin timbul rasa kurang senang melihat perniagaan orang lain mula berkembang.

Ibu saya dah biasa kena gangguan setiap kali dapat tempahan. Sampaikan tengah menguli tepung tengah malam, nanti dengar la orang berjalan belakang rumah, bunyi cakaran dan kadang-kadang tu ada jugs ternampak kelibat. – Katanya.

Setiap kali ada kejadian buruk akan berlaku, ibu Man akan mengalami mimpi buruk iaitu mimpi seekor ular datang membelit kakinya.

Paling pelik kata Man, ikan yang dibelanya di dalam akuarium akan mati setiap kali ibunya bermimpi seram.

Man ada memberitahu, bila semua ikan yang dibelanya mati, ibunya pula akan menjadi mangsa dan jatuh sakit setiap kali dapat mimpi yang sama.

Ibu akan demam panas, meracau-racau. Kami bawa ke klinik doktor kata tiada apa, sehinggalah kami bawa ibu berubat secara Islam.

Kata ustaz ada orang dengki dan hantar benda tidak elok kepada keluarga kami.

Ibu pernah berehat kejap dari terima tempahan buat kuih dan peliknya sepanjang itu tiada apa-apa gangguan berlaku kepada kami. – Katanya.

Tetapi kejadian yang lebih teruk pula terjadi kepada keluarga mereka apabila ibu Man kembali terima tempahan setelah lama berehat.

Man berkata, selepas itu ibunya tiba-tiba didatangi mimpi seekor ular cuba mematuk kaki, tapi berjaya dihalang.

Bila ibu mimpi dibelit ular hari itu, ‘Kecik’ (nama kucing) pula yang terjerut sampai mati.

Mimpi itu datang selepas ibu menerima tempahan membuat kuih selepas sekian lama berehat. Kejamkan manusia? – Katanya.

Man terkejut bila kucing kesayangan keluarganya itu tiba-tiba meraung berguling-guling menahan kesakitan tapi tiada apa-apa kesan dilanggar atau pun kecederaan.

Badan ‘Kecik’ menjadi kejung seperti menahan kesakitan, saya urut badannya dan bisik ke telinganya agar dia pergi dengan tenang dan mengucapkan terima kasih kerana telah menyelamatkan ibu saya. – Katanya.

Man memberitahu dia pernah terdengar cakap-cakap orang dahulu bahawa apabila ada orang ingin membuat khianat, binatang peliharaan akan sanggup berkorban untuk tuan mereka.

Kalau Kecik tak ada, mungkin ibu saya yang akan sakit.

Tak takut dengan Allah ke? Rezeki Allah itu luas dan kenapa perlu dengki dengan rezeki orang lain, Wallahualam. – Kata Man.

Pelikkan kenapa ada manusia sanggup yang bersekutu dengan syaitan demi melihat hidup orang lain sengsara?

Kredit: Mstar

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas