Connect with us

Oh! Media

Hairan Sahutan Jiran Tidak Disahut, Niat Melawat Bawa Khabar Duka

Trending

Hairan Sahutan Jiran Tidak Disahut, Niat Melawat Bawa Khabar Duka

Pada awal musim pandemik, masyarakat dipaksa untuk duduk dirumah dan tidak melakukan sebarang aktiviti di luar bagi mengelak sebarang jangkitan.

ADVERTISEMENT

BACA: Polis Temui Wanita OKU Sebelah Mayat Ibu Yang Meninggal Dunia 5 Hari Lepas

Ia juga memberi kesan kepada individu yang duduk berseorangan dan tidak mempunyai keluarga terdekat. Mereka hanya bergantung kepada bantuan serta prihatin masyarakat sekeliling.

Namun, sejak akhir-akhir ini, banyak kejadian melibatkan individu yang meninggal dunia di dalam rumah tanpa disedari masyarakat oleh kerana tinggal bersendirian.

Niat nak lawat jiran, tapi jumpa mayat

Terbaharu, niat seorang jiran untuk melawat seorang warga emas yang tinggal berseorangan di rumahnya membawa khabar duka apabila dia ditemui telah meninggal dunia.

Lokasi mayat mangsa ditemui di rumahnya di Taman Okid, Simpang Renggam, Kluang kira-kira 10.03 pagi dalam keadaan terbaring di hadapan pintu utama.

Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Abd. Rahim Razali, mangsa, Wong Soon Thau, 67, disedari oleh jirannya yang hadir untuk menjenguk wanita warga emas itu.

Namun, sahutannya tidak mendapat respon sebelum bertindak menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan pertolongan memeriksa rumah mangsa.

Kata Abd. Rahim, tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam telah dikejarkan ke lokasi kejadian dengan sebuah jentera FRT.

Bomba nekad potong jeriji pintu pagar

Menurutnya, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) telah tiba di tempat kejadian dan mendapati terdapat seorang mangsa yang tidak sedarkan diri.

Anggota bomba memotong jeriji besi bagi memasuki rumah yang didiami warga emas
Anggota bomba memotong jeriji besi bagi memasuki rumah yang didiami warga emas itu, hari ini. (Sumber: Kosmo!)

Bomba mengambil masa kira-kira tiga minit untuk memotong jeriji pintu pagar rumah yang didiami seorang warga emas.

Abd. Rahim berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi.

Bagaimanapun, mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada pukul 10.52 pagi tadi.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas