Connect with us

Oh! Media

Hadiah Paling Besar, ‘Malaysia Street’ Di Gaza Sempena Merdeka 64 Tahun

Trending

Hadiah Paling Besar, ‘Malaysia Street’ Di Gaza Sempena Merdeka 64 Tahun

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-64 tahun baru-baru ini, Malaysia telah menerima hadiah paling bermakna apabila sebatang jalan di bandar raya Gaza dinamakan sebagai ‘Jalan Malaysia’. Difahamkan, papan tanda jalan berkenaan terletak di bulatan Ansar, ke barat bandar raya Gaza.

ADVERTISEMENT

BACA: Nadir Al-Nuri Cerita Sarah Korban Seekor Lembu Di Gaza, Tanya Khabar Palestin

Presiden Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri turut berkongsi foto sekitar majlis perasmian jalan yang disempurnakan dengan kehadiran Datuk Bandar Gaza, Dr Yahya As-Sarra, Pengarah MyCare di Gaza Dr Ziad Shehadah serta rakan-rakan media tempatan.

Malaysia di Gaza

Menurutnya lagi, ‘Malaysia Street’ berada berdekatan dengan universiti, bangunan-bangunan kerajaan dan agensi antarabangsa di Gaza. Lokasi tersebut dipilih menandakan penghargaan kepada persaudaraan dan solidariti Malaysia bersama Palestin.

Malaysia Street

Tahniah Malaysia! Kita sudah bertapak di Palestina!

Di papan tanda berkenaan, tertulis maklumat mengenai Malaysia yang terletak di Asia Tenggara dan telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Malaysia turut dicatat mempunyai peranan penting dalam menyokong perjuangan Palestin. Malaysia merupakan antara negara yang mendesak Israel menamatkan pendudukan dan menyerahkan kembali hak kepada rakyat Palestin.

Kredit: Facebook Nadir Al-Nuri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas