Connect with us

Oh! Media

Hadapi Masalah Rumah Tangga, Ibu Muda Tekup Bayi Dengan Bantal Hingga Maut

Oh! Tidak

Hadapi Masalah Rumah Tangga, Ibu Muda Tekup Bayi Dengan Bantal Hingga Maut

Seorang ibu muda berusia 20 tahun direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian bayi lelaki berusia setahun enam bulan.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Harian Metro, si ibu didakwa menekup dan mencekik anak lelakinya sendiri kerana mengalami tekanan perasaan akibat masalah rumah tangga dan masalah keluarga.

Dakwa tertekan kerana masalah keluarga

Sekadar gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata, suspek merupakan seorang kerani di syarikat swasta dan suaminya pula menganggur. Mereka sudah hampir dua tahun berkahwin dan kini dalam proses bercerai.

Menerusi keterangan awal yang diberi, suspek mendakwa bayi terjatuh daripada sofa sebelum dia menghantar bayi ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut.

Bayi dibawa dalam keadaan tak sedarkan diri dan hasil pemeriksaan doktor mendapati ada pendarahan di kedua-dua belah anak mata yang berkemungkinan disebabkan kesan penderaan dan pesakit berada dalam keadaan kritikal.

Ada kesan cedera di muka dan lebam di leher

Bayi itu meninggal dunia selepas tiga hari dirawat di hospital. Pihak polis yang menerima laporan daripada hospital cuba menghubungi ibu yang menjadi suspek utama tetapi gagal dihubungi.

Pemeriksaan pihak polis ke rumah turut mendapati suspek tiada di rumah.

Bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan pada mangsa di bahagian pipi, gusi, dahi dan belakang pelipat kaki kanan.

Terdapat juga kesan calar di pipi kiri serta lebam di leher dipercayai akibat dicekik.

Punca kematian disebabkan asfiksia ataupun kekurangan oksigen dipercayai berpunca dari tindakan ibu mangsa menekup muka mangsa.

Selain suspek, teman lelakinya berusia 21 tahun yang merupakan pelajar kolej turut ditahan. Teman lelaki suspek bagaimanapun nafi terlibat.

Dia mendakwa hadir ke rumah yang dijadikan rumah inap untuk bermalam dengan suspek. Semasa kejadian, dia mendakwa telah pulang.

Polis turut menahan suami suspek untuk siasatan lanjut namun dibebaskan dengan jaminan polis kerana dipercayai tidak terlibat berikutan tiada di lokasi semasa kejadian berlaku.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas