Connect with us

Oh! Media

Guru Mengaji Ditahan Polis, Didakwa Cabul Pelajar Bawah Umur Sebanyak 20 Kali

Trending

Guru Mengaji Ditahan Polis, Didakwa Cabul Pelajar Bawah Umur Sebanyak 20 Kali

Seorang lelaki ditahan pihak polis bagi membantu siasatan atas dakwaan mencabul seorang pelajar bawah umur.

ADVERTISEMENT

BACA: Guru Ditahan Cabul 12 Pelajar Lelaki, Rupanya Pernah Jadi Mangsa Cabul Pada Tahun 1996

Memetik laporan daripada Kompas, lelaki yang merupakan seorang guru mengaji di Indonesia itu didakwa telah mencabul mangsa sebanyak 20 kali di sebuah institusi pendidikan agama di Daerah Grabagan.

Kes itu mula diketahui keluarga mangsa selepas mangsa dikatakan sering menangis dalam pelukan ibu bapanya setiap kali pulang daripada mengaji.

Ibu bapanya menjadi risau selepas anaknya itu langsung tidak berani untuk menjawab pertanyaan mereka setiap kali ditanya.

Dalam pada itu, Ketua Unit Siasatan dan Jenayah Polis Tuban, AKP M Gananta memaklumkan bahawa ibu bapa mangsa kemudiannya berjaya menemukan bukti perbualan mengenai perbuatan terkutuk suspek selepas mereka memeriksa telefon bimbit milik mangsa.

Daripada telefon bimbit mangsa, ibu bapanya menemui perbualan berkaitan perbuatan pelaku yang
melakukan hubungan seks dengan anaknya.

Hasil siasatan polis, suspek dilaporkan pernah melakukan hubungan kelamin dengan dua pelajarnya selama dua tahun.

Kredit: Kompas

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas