Connect with us

Oh! Media

Guna Nama Melayu Untuk Jual Makanan, Kedai Peniaga Bukan Muslim Diserbu MBJB

Oh! Tidak

Guna Nama Melayu Untuk Jual Makanan, Kedai Peniaga Bukan Muslim Diserbu MBJB

Tular di media sosial semalam apabila sebuah kedai menjual makanan terletak di Taman Johor Jaya, Johor Bahru yang bernama Kak Siti Ayam Penyet yang menjual secara atas talian diuruskan oleh bukan muslim tanpa mempunyai penjelasan halal.

ADVERTISEMENT

Berita tular ini didedahkan oleh seorang penghantar makanan yang berasa hairan akan gerai yang diberi nama Melayu duruskan oleh orang bukan muslim dan kedai terbabit menggunakan aplikasi penghantaran makanan dalam talian untuk pesanan dan penghantaran makanan mereka kepada pelanggannya.

Keadaan tersebut menimbulkan perasaan marah warganet kursusnya kepada umat islam yang menyifatkan perbuatan itu memperdayakan masyarakat Islam di kawasan berkenaan.

Menurut laporan Kosmo, tinjauan yang dilakukan ke premis menjual makanan itu yang beroperasi atas talian mendapati pengusahanya sudah menghentikan perniagaan selepas tular di media sosial.

Pemilik premis itu yang berusia dalam lingkungan 40 tahun itu enggan mengulas lanjut mengenainya premisnya selain turut menjelaskan tidak akan berniaga lagi.

Tadi ada pihak datang memberitahu supaya premis saya ditutup kerana menjadi viral dan menimbulkan kekeliruan.

Menurut salah seorang pengguna media sosial, premis itu sudah didatangi pihak penguatkuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) susulan laporan diterima.

Rata-rata warganet mendesak pihak berkuasa untuk memeriksa status halal dalam makanan yang dijual melalui aplikasi bagi mengelakkan perkara ini berulang lagi.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top