Connect with us

Oh! Media

Guna Lampu ‘Strob’ Dan Potong Sesuka Hati, Tindakan Pemandu Ini Cetus Kemarahan Ramai

Trending

Guna Lampu ‘Strob’ Dan Potong Sesuka Hati, Tindakan Pemandu Ini Cetus Kemarahan Ramai

Sejak akhir-akhir ini, terdapat segelintir pemandu yang dilihat sengaja bertindak seperti ‘raja’ di jalan raya sehingga tidak mempedulikan keselamatan pengguna lain.

ADVERTISEMENT

BACA: Tak Nak Mengalah Lepas Salah Masuk Jalan, Tindakan Pemandu Viva Dikecam Ramai

Hal itu termasuklah melanggar lampu isyarat, memotong secara berbahaya, menggunakan laluan bertentangan dan terbaharu, menggunakan lampu Strob.

Umum mengetahui, penggunaan lampu tersebut adalah tidak dibenarkan kepada orang awam dan ia merupakan satu kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan raya 1987.

Hal itu kerana ia bukanlah boleh digunakan sesuka hati dan difahamkan perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis jika ingin digunakan secara peribadi.

Memandu secara berbahaya, Pemandu Mazda CX-5 dikecam ramai

Bagaimanapun, terdapat pula sebuah kejadian memaparkan sebuah kenderaan jenis Mazda CX-5 yang dilihat memandu secara berbahaya di sebuah jalan yang agak sesak.

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna laman Facebook, kejadian yang dikatakan berlaku di kawasan Alam Damai, Kuala Lumpur itu hampir menyebabkan kemalangan jalan raya.

Berdasarkan rakaman dashcam tersebut, pemandu berkenaan dilihat menggunakan lampu strob dan dipercayai untuk mengelakkan diri dari terlibat dalam kesesakan lalu lintas.

Dia kemudiannya terus memotong kenderaan di hadapannya tanpa memikirkan keselamatan orang lain dan memecut pada jalan yang sempit itu.

Lebih menimbulkan kemarahan, terdapat kenderaan lain yang berada di arah bertentangan ketika pemandu Mazda itu memotong sehingga hampir berlaku pelanggaran.

Pemandu tersebut dilihat hanya menggunakan laluan sempit di bahagian kanan sebelum meneruskan perjalanan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan kecaman terhadap tindakan pemandu tersebut yang tidak mengenal erti sabar ketika berlaku kesesakan lalu lintas.

Selain itu, terdapat juga yang mempertikaikan penggunakan lampu Strob oleh pemandu tersebut serta berharap agar dia segera dikenakan tindakan.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 400 tanda serta dikongsi sebanyak 200 kali.

Kredit: Facebook Ck Chong

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas