Connect with us

Oh! Media

Gudang Elrah Exclusive Terbakar, El Azman Tawar RM100k Jika Jumpa Pengkhianat

Oh! Tidak

Gudang Elrah Exclusive Terbakar, El Azman Tawar RM100k Jika Jumpa Pengkhianat

Usahawan, El Azman akan berikan ganjaran sebanyak RM100,000 kepada sesiapa yang berjaya menjumpai si pelaku yang melakukan khianat dengan membakar warehouse Elrah. Banyak tu..

ADVERTISEMENT

Menerusi satu video di Tiktok, El Azman berkongsi detik dimana kebakaran warehouse Elrah berlaku menerusi rakaman litar tertutup (CCTV).

@elazman

Minta kawan2 tolong share posting ni ye A Saya beri Ganjaran RM100,000 yang menjumpai perlaku jahat ini #fyp

♬ original sound – El Azman – El Azman

Saya nak bagi RM100,000 kepada sesiapa yang dapat jumpa pelaku yang cuba membakar warehouse Elrah saya.

Usahawan itu juga berasa sungguh terkilan kerana ada pihak yang sanggup berbuat demikian dan secara tak langsung memusnahkan punca rezeki ejen dibawahnya.

Di sini ada beribu harapan orang! Di sini orang mencari punca rezeki, di sini ramai orang dapat manfaat.

Kenapa dia tergamak cuba membakar dan menghancurkan harapan dan cita-cita agent Elrah? Tergamak sungguh!

Semoga si pelaku dapat dijumpai dengan segera. Punca rezeki ramai tu.

Kredit: Tiktok El Azman

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas