Connect with us

GrabFood Perjelas Tuduhan Tidak Pamerkan Restoran Yang Beri Komisen Rendah Kepada Mereka

Oh! Tidak

GrabFood Perjelas Tuduhan Tidak Pamerkan Restoran Yang Beri Komisen Rendah Kepada Mereka

Beberapa hari yang lalu terdapat satu tuduhan yang berlegar di media sosial kononnya GrabFood menafikan hak restoran yang memberikan komisen rendah dengan tidak memaparkan restoran mereka di dalam aplikasi berbanding kedai lain yang memberikan komisen yang lebih tinggi.

GrabFood telah mengeluarkan kenyataan bahawa tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali. dan menekankan bahawa mereka tidak akan sesekali menutup sebarang restoran berpandukan kepada kadar komisen yang diberikan pihak restoran.

Menurut GrabFood, jika cuaca hujan ataupun mereka kekurangan rider di sesebuah kawasan barulah GrabFood akan mengurangkan ‘coverage’ dan radius perkhidmatan bagi terus mengekalkan servis yang terbaik kepada pelanggan. Jika telah mempunyai ramai rider, barulah servis mereka akan kembali seperti sedia-kala.

Sebagai contoh jika pengguna aplikasi GrabFood membuat tempahan di kediaman mereka di Bangsar, ada kemungkinan mereka akan nampak barisan restoran yang beroperasi di Petaling Jaya sahaja disebabkan GrabFood kekurangan rider di kawasan Bangsar tetapi mempunyai ramai rider yang ‘standby’ di kawasan Petaling Jaya.

Selain itu, pada musim perayaan terdapat banyak restoran yang tutup tetapi tidak mengemaskini status perniagaan mereka di dalam aplikasi GrabFood. Ini sekaligus menyebabkan aplikasi GrabFood menunjukkan restoran mereka buka walhal sebenarnya tutup. Berdasarkan dari laporan rider, pihak GrabFood akan menutup sementara restoran-restoran yang terlibat agar tidak mengecewakan pelanggan yang membuat tempahan.

Dengan penjelasan dari GrabFood ini, jelas bahawa apa yang berlaku kepada Burgertory kononnya GrabFood sengaja tidak memaparkan restoran mereka tidaklah seperti yang didakwa. GrabFood juga memohon maaf kerana penjelasan dari pihak khidmat pelanggan GrabFood memberikan penjelasan yang kurang tepat dengan apa yang berlaku ini.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top