Connect with us

Oh! Media

Glaetzer Ucap Tahniah Kepada Jason Kenny, Netizen Anggap Ia Melucukan

Trending

Glaetzer Ucap Tahniah Kepada Jason Kenny, Netizen Anggap Ia Melucukan

Tahniah diucapkan kepada atlet pelumba basikal negara, Dato’ Mohd Azizulhasni bin Awang yang berjaya memperoleh pingat kedua Malaysia sehingga menuai pujian daripada netizen.

ADVERTISEMENT

BACA: “Athiah Pregnant Anak Ketiga” – Tangisan Azizulhasni Buat Netizen Sebak

Aksi yang dilakukan semalam adalah pencapaian terbaiknya setakat ini walaupun tidak berjaya mendapatkan pingat emas pertama buat negara.

Hal ini kerana beliau berjaya meningkatkan pencapaiannya yang sebelum ini meraih gangsa pada temasya Olimpik Rio pada tahun 2016.

Namun, pujian juga seharusnya diberikan kepada Shah Firdaus yang sanggup berjuang walaupun mengalami kecederaan dalam aksi separuh akhir.

Netizen terasa dengan ucapan tahniah Glaetzer?

Baru-baru ini, pelumba Australia, Matthew Glaetzer telah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagramnya bagi mengucapkan tahniah kepada pelumba Great Britain, Jason Kenny.

Dalam ucapannya itu, dia memuji Kenny yang berjaya memenangi pingat emas dalam acara itu selain turut menganggapnya sebagai seorang ‘Goat’.

Goat bukanlah bermaksud seekor kambing, ia bermaksud Greatest of All Time atau terbaik sepanjang masa. Ia merupakan gelaran yang diberikan kepada atlet sukan yang berbakat.

Namun, disebalik ucapan tahniah itu, ia mencetuskan kecaman terutamanya daripada kalangan netizen Malaysia yang menganggap ia agak melucukan.

Terdapat juga netizen Malaysia yang menganggap pelumba Australia itu sebagai punca Azizulhasni tidak dapat memenangi pingat emas.

Glaetzer didakwa halang semua pelumba

Dalam acara akhir Keirin yang berlangsung semalam, Glaetzer yang pada satu ketika menduduki tempat kedua dilihat tidak melakukan sebarang pergerakan.

Dia hanya kekal konsisten di tempatnya dan dilihat tidak berusaha untuk mengejar Kenny yang melakukan pecutan lebih awal ketika Pacer meninggalkan trek.

Perbuatan itu sekaligus memerangkap kesemua pelumba termasuk Azizulhasni yang berada di belakangnya dan menghampakan impian Azizul untuk meraih emas di Olimpik Tokyo.

Netizen tinggalkan komen

Selepas Glaetzer memuat naik hantaran berserta kepsyen itu, dilihat netizen Malaysia mula membanjiri ruangan komen pada status tersebut yang mempertikaikan perbuatannya.

Komen netizen pada instagram Glaetzer
Komen netizen pada instagram Glaetzer
Komen netizen pada instagram Glaetzer

Namun, disebalik pertikaian itu, terdapat juga netizen Malaysia yang hadir mengucapkan tahniah serta memohon maaf atas komen negatif yang ditinggalkan.

Komen positif netizen pada instagram Glaetzer
Komen positif netizen pada instagram Glaetzer
Komen positif netizen pada instagram Glaetzer

Walaubagaimanapun, kekalahan bukanlah pintu penghalang bagi meraih kemenangan. Biarkan perkara lalu mengajar kita untuk terus bersabar. Semoga atlet negara mampu meraih emas pada masa akan datang.

Kredit: Harian Metro I Instagram Glaetzer

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas