Connect with us

Oh! Media

Gerak Khas Bakal Muncul Lagi, Elizabeth Tan Antara Pelakonnya..

Gerak Khas

Oh! Tidak

Gerak Khas Bakal Muncul Lagi, Elizabeth Tan Antara Pelakonnya..

Gerak Khas muncul lagi? Penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam masih mengekalkan nama itu dalam drama terbarunya dengan tajuk Gerak Khas Undercover. Pergh! Terbaik.

ADVERTISEMENT

BACA : Ramai Lelaki Patah Hati Lizzy Sudah Berkahwin?

Menurut laporan Harian Metro, ianya akan mula ditayangkan pada jam 10.30 malam, Jumaat ini di TV3. Jenama itu masih dikekalkan kerana begitu kukuh dan sangatlah dikenali sejak 23 tahun lalu dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Yusuf Haslam.

Pada awal penerbitan dulu, seingat saya Erra Fazira masih sangat muda lagi. Sekarang, banyak sudah berubah. Saya jamin, ia tidak sama dan sangat berbeza daripada drama yang lalu

Drama terbaru ini juga dikatakan mempunyai kelainan dari segi jalan cerita kerana idea untuk menghasilkan drama ini dicetuskan oleh anaknya, Syafiq Yusof. 

Antara barisan-barisan pelakon drama terbaru ini adalah Erra Fazira, Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor, Salina Saibi, Elizabeth Tan, Raja Afiq dan ramai lagi. 

Rasa macam tak sabar pula nak tengok drama terbaru ni, dahlah pelakon-pelakon dia best! 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top