Connect with us

Oh! Media

Gelombang Baru Bakal Berlaku Jika Rakyat Enggan Ambil Dos Penggalak?

gelombang baru

Trending

Gelombang Baru Bakal Berlaku Jika Rakyat Enggan Ambil Dos Penggalak?

Dos penggalak sudah mula diberikan kepada rakyat, tetapi masih ramai yang enggan menerimanya. Menurut Dr Farhan Rusli, negara kita bakal dilanda gelombang baru menjelang akhir tahun ini jika ramai yang menolaknya.

ADVERTISEMENT

BACA: Terima Pfizer Sebagai Dos Penggalak, KJ Bakal Umum Suntikan Ketiga Bagi Penerima AZ

Menurut laporan Sinar Harian, Pakar Kesihatan Awam, Dr Farhan Rusli menyatakan bahawa rakyat perlu mengambil serius terhadap booster shot kerana ia mampu meningkatkan imuniti kepada seseorang.

Kadar imuniti menurun selepas tiga hingga enam bulan

gelombang baru

Menurut Dr Farhan, selepas tiga hingga enam bulan, selepas penerimaan penuh dos kedua, kadar imuniti seseorang akan turun pada paras lebih kurang 29 peratus sahaja.

Jadi, kita akan nampak satu gelombang yang akan berlaku hujung tahun ini dan akan memasuki kepada tahun 2022 pula kenaikan kes itu akan terus berlaku.

Beliau menegaskan untuk orang ramai segera menerima dos penggalak agar tidak menjejaskan sistem kesihatan awam semasa gelombang berlaku.

Cara untuk kita memastikan gelombang ini tidak menjejaskan kesihatan awam, bermakna gelombang itu akan berlaku tetapi kita tidak mahu rakyat meninggal dunia disebabkan Covid-19.

Kita harus memastikan rakyat menerima dos penggalak sebelum waktu imuniti mereka terus menurun.

Semoga negara kita dilindungi dari gelombang baru yang lebih teruk. Mari sama-sama kita pastikan ahli keluarga yang sudah layak menerima dos penggalak untuk menerimanya dalam jangka masa yang diberikan. Takkan kita nak hadap PKP lagi kan?

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas