Connect with us

Oh! Media

Gara-Gara Tular Di TikTok, Polis Disaman Motosikal Tiada Cermin Sisi, Nombor Plat ‘Fancy’

Trending

Gara-Gara Tular Di TikTok, Polis Disaman Motosikal Tiada Cermin Sisi, Nombor Plat ‘Fancy’

Baru-baru ini, viral di Tik Tok video berdurasi 21 saat memaparkan seorang anggota polis menunggang motosikal tanpa cermin sisi dan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

ADVERTISEMENT

BACA: Polis Saman Polis, Pegawai & Anggota Terima Kejutan Di Pintu masuk IPK

Dalam video itu, perakam dipercayai mempersoalkan sikap segelintir anggota polis yang melanggar peraturan.

Macam ni ke polis zaman sekarang? Nombor plat fancy, side mirror tak ada. Bukan nak tipu tau.

Terbaru, Harian Metro melaporkan, anggota ronda Balai Polis Ampang dalam video berkenaan telah dikenakan tindakan saman bagi dua kesalahan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.

Kami mengambil tindakan berlandaskan undang-undang terhadap anggota terbabit dengan mengeluarkan saman trafik bagi kedua-dua kesalahan berkenaan.

Jelas beliau lagi, pihak IPD Ampang Jaya tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana anggota atau pegawai yang didapati telah melanggar peraturan ditetapkan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas