Connect with us

Oh! Media

Gara-Gara Insurans Tak ‘Cover’ Kos Rawatan, Pesakit Wanita Nekad Cabut Lari Dari Hospital

Trending

Gara-Gara Insurans Tak ‘Cover’ Kos Rawatan, Pesakit Wanita Nekad Cabut Lari Dari Hospital

Hanya kerana insurans tidak membiayai kos rawatannya di sebuah hospital swasta, seorang pesakit wanita nekad melarikan dirinya dari wad.

ADVERTISEMENT

BACA: Pesakit Covid-19 Lari 25km Dari Hospital Dijumpai Di Kaki Lima

Menyedari perkara itu, jururawat hospital swasta di Sungai Petani berkenaan bertindak membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, pesakit yang berusia 32 tahun itu pada mulanya mendaftar untuk mendapatkan rawatan di hospital terbabit kira-kira pukul 6.40 petang pada Sabtu sebelum dimasukkan ke wad.

Bagaimanapun, pada 9.30 malam pihak hospital memaklumkan kepada wanita itu yang insuransnya tidak boleh digunakan sebelum dia memberitahu enggan meneruskan rawatan dan mahu keluar wad.

Jururawat kemudian memberitahu doktor bertugas sebelum proses keluar wad dilakukan terhadap pesakit terbabit yang turut diminta menjelaskan bayaran dan mengambil ubat di farmasi.

Pesakit tersebut kemudiannya didapati tiada dalam wad dan dikesan tidak membuat pembayaran serta melarikan diri dari hospital.

Kakitangan hospital cuba menghubunginya namun pesakit berkenaan tidak menjawab panggilan telefon dan satu laporan polis dibuat jururawat.

Susulan itu, polis menghubungi pesakit terbabit namun tidak dijawab dan cuba mencarinya di rumah bagaimanapun wanita berkenaan tiada selain pintu berkunci.

Untuk info, siasatan awal mendapati wanita berkenaan memberitahu bahawa dia mempunyai insurans ketika mendaftar masuk wad ke hospital swasta tersebut kerana mengalami sakit perut.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas