Connect with us

Oh! Media

Gara-Gara Berwajah Bengis, Kambing Baka Malin Jadi Rebutan Ramai

Trending

Gara-Gara Berwajah Bengis, Kambing Baka Malin Jadi Rebutan Ramai

Kambing biri-biri merupakan sejenis mamalia ruminan berkaki empat yang biasa dipelihara sebagai ternakan selain daripada lembu dan kambing.

ADVERTISEMENT

BACA: Video Anak Kambing Wajah Manusia Viral, Disembah Bagai Dewa Di India

Di Malaysia sahaja, terdapat beberapa baka biri-biri yang terbaik seperti Malin, Dorper Black Head, Damara, Merino dan sebagainya.

Selalunya, penternakan baka-baka istimewa ini bukan dipelihara sebagai bahan makanan, sebaliknya terdapat segelintir penternak menjadikan ia sebagai ternakan hiasan yang dipertandingkan.

Kambing biri-biri baka Malin jadi rebutan

Sama seperti seorang individu yang berasal dari Kelantan ini yang mana kambing biri-biri Malin miliknya menjadi rebutan ramai oleh kerana berwajah bengis.

Individu yang dikenali sebagai Ahmad Baihaqi menetap di Kampung Atas Pinggir, Pasir Mas, mengakui kambingnya pernah ditawarkan dengan harga yang tidak masuk akal.

Sumber: Harian Metro

Menurutnya, ternakan yang dipanggil Mafia itu pernah ditawarkan seharga RM3,500 seekor berbanding harga semasa iaitu RM1,000 hingga 1,500 seekor.

Ahmad Baihaqi berkata, biri-biri baka malin itu telah diternak secara turun-temurun daripada zaman datuknya sebelum diwarisi oleh bapanya.

Memandang ayah sudah berusia, saya dan adik, Hassan Basri, 25, pula yang mengambil alih menternak biri-biri malin itu.

Kecantikan dan keunikan yang ada pada biri-biri ini menyebabkan ia dipertandingkan dalam pertandingan biri-biri di negeri ini.

Kami menternak biri-biri itu bukan sebagai pedaging tetapi sebagai ternakan hiasan yang dipertandingkan.

Turut akui mempunyai 39 ekor biri-biri malin

Selain itu, dia juga turut menternak sejumlah 39 ekor biri-biri malin dan memakan kos sebanyak RM300 sebulan sebagai kos makanan mereka.

Penternak berusia 31 tahun itu juga mengakui seronok memelihara haiwan tersebut dan mampu menghilangkan stress selepas melihat kecantikannya.

Seronok ternak biri-biri itu kerana ia cantik dan bergaya seterusnya menghilangkan tekanan selepas pulang daripada kerja.

Sebenarnya ramai yang tawarkan harga tinggi untuk membeli biri-biri itu tetapi saya sayang untuk menjualnya.

Paling kerap ditanya dan mendapat tawaran tinggi ialah Mafia kerana rupanya memang sukar ditemui selain dikaitkan dengan Black Metal.

Menurutnya, biasanya tujuan penternakan biri-biri malin itu untuk menyertai pertandingan biri-biri janguk di negeri ini dan ia merupakan hobi tradisi sejak turun-temurun.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas