Connect with us

Oh! Media

Gambar Diperguna, Individu Menyamar Jadi Mangsa Kononnya Terdesak Dan Perlukan Duit

Polis

Trending

Gambar Diperguna, Individu Menyamar Jadi Mangsa Kononnya Terdesak Dan Perlukan Duit

Seorang lelaki mendapati gambarnya digunakan individu lain untuk menyamar bagi tujuan penipuan sebelum membuat laporan polis.

ADVERTISEMENT

BACA : Ini Cara Yang Digunakan Scammer Untuk Perdaya Guru Hingga Rugi RM57,850

Menurut laporan Berita Harian, individu yang menyamar menggunakan gambar milik Sharif Mahmood itu menghubungi rakannya di Whatsapp untuk meminjam duit. 

Perkara ini terbongkar selepas salah seorang rakan Sharif menghubungi dan bertanyakan bagi mendapatkan kesahihan sama ada dia benar-benar tengah susah ataupun tidak. 

Saya terkejut apabila rakan menunjukkan tangkap layar perbualan dihantar suspek yang menyamar sebagai saya dan selepas itu lebih ramai rakan menghubungi saya bertanyakan perkara sama.

Individu itu kononnya meminta rakan-rakan Sharif masukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank kerana terdesak, siap janji lagi akan pulangkan semula.

Jumlah dimintanya bergantung kepada pangkat kelompok rakan saya iaitu jika berpangkat lebih besar sebagai contoh seorang datuk, wang yang diminta mencecah ribuan ringgit.

Saya pun tidak tahu bagaimana nombor telefon rakan lain dan ahli keluarga diperoleh dan telah membuat laporan polis berkenaan hal ini.

Macam-macam helah akan digunakan untuk mendapatkan duit dengan cara yang mudah. Korang dinasihatkan untuk sentiasa berjaga-jaga agar tidak menjadi mangsa penipuan sebegini.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas