Connect with us

Oh! Media

Gaji Minimum Kadar Baru ‘Mungkin’ Dilaksanakan Satu Atau Dua Bulan Lagi?

gaji minimum

Trending

Gaji Minimum Kadar Baru ‘Mungkin’ Dilaksanakan Satu Atau Dua Bulan Lagi?

Kadar gaji minimum RM1,500 akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam satu atau dua bulan lagi, menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

ADVERTISEMENT

BACA: Banyak Syarikat Dijangka Gulung Tikar Jika Laksana Gaji Minimum Baharu?

Menerusi laporan Awani, Saravanan menyatakan kementerian kini dalam peringkat akhir membuat kajian dan jika tiada sebarang masalah, pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.

satu atau dua bulan

Saravanan menjawab soalan tersebut selepas ditanya oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan bila waktu spesifik kerajaan akan melaksanakan kadar gaji minimum yang baru itu.

Saya cukup prihatin dan kerajaan pun telah bincang perkara ini. Tiga minggu berturut-turut, jemaah menteri bincang akan isu gaji minimum.

Perdana Menteri dan Jemaah Menteri setuju kita perlu menaikkan kadar gaji minimum pada kadar yang segera, mungkin dalam masa sebulan atau dua bulan walaupun di peringkat awal dalam Dewan ini saya pernah sebut.

Saravanan mengatakan beliau perlu mendapatkan mandat daripada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri jika mahu mengumumkan gaji minimum. Jadi, dalam masa sebulan atau dua bulan lagi pengumuman berkenaan gaji minimum akan dilaksanakan.

Semoga kerajaan akan menyelesaikan masalah ini dengan segera. Harapnya lagi sebulan dua ni ada la pengumuman yang dibuat.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas