Connect with us

Oh! Media

Gaji Dah Habis Beli Dadah, Tapi Sebab Takut Bini Marah Lelaki Dakwa Dirinya Telah..

Trending

Gaji Dah Habis Beli Dadah, Tapi Sebab Takut Bini Marah Lelaki Dakwa Dirinya Telah..

Alahai, nampak gangster sebab ambil dadah, tapi rupanya takut bini. Itu yang berlaku pada seorang lelaki di Kulim, Kedah. Sebab takut dirinya dimarahi oleh isteri kerana duit gaji dah habis, dia sanggup pergi ke balai polis dan buat laporan palsu.

ADVERTISEMENT

Dia dakwa dirinya telah disamun oleh tiga individu yang tak dikenali. Jalan cerita dia pun memang masuk dek akal dan kena dengan situasi. Katanya, waktu dia tunggang motosikal, tiba-tiba penyamun keluar dari semak dan acukan parang di lehernya. Siap ke tumbuk lagi dekat bahagian perut. Wah, dah boleh jadi scriptwriter filem aksi!

“Lelaki itu mendakwa individu berkenaan menumbuk perutnya dan mengambil wang tunai RM900 sebelum membuang dompetnya dan melarikan diri ke arah kebun kelapa sawit berhampiran. Berikutan itu lelaki terbabit membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.”

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim, pihaknya telah membuat siasatan di tempat yang kononnya berlaku kes samun untuk dapatkan bukti dan saksi. Tapi, hasil siasatan mendapati maklumat yang diberi tak konsisten dan keterangannya meragukan. Haa, dekat part inilah dia kantoi.

Akhirnya, lelaki itu mengaku dia buat laporan palsu sebab takut dimarahi isterinya kerana gaji tak cukup dan tak dapat beli keperluan anak. Bukan hanya buat laporan palsu, dia juga memberitahu isterinya yang gajinya dipotong majikan kerana kad kerja rosak.

“Siasatan mendapati suspek dikatakan membuat laporan palsu untuk mengelak ahli keluarga mengetahui duit gajinya sudah digunakan untuk membayar hutang dadah dan membeli keperluan dadah. Hasil semakan mendapati, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.” – katanya.

Kalau sabit kesalahan, lelaki itu boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali. Hm, tak pasal-pasal tambah beban dekat diri sendiri. Sebab itu orang cakap dadah durjana. Harapnya orang lain bolehlah ambil pengajaran. Kalau dah buat salah, tak payah pusing-pusing cerita. Nanti lagi berbelit jadinya.

Kredit: Harian Metro

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas