Connect with us

Oh! Media

Gagal Tunjuk Surat Kebenaran Rentas Negeri, Lelaki Ini Terus Maki Anggota Polis

Trending

Gagal Tunjuk Surat Kebenaran Rentas Negeri, Lelaki Ini Terus Maki Anggota Polis

Video seorang lelaki mengeluarkan kata-kata kesat kepada pihak polis tular selepas dia ditahan di sekatan jalan raya (SJR) di Nibong Tebal. Sewaktu kejadian, anggota dari Balai Polis Nibong Tebal menahan sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer yang dipandu oleh lelaki berusia 28 tahun dikatakan mahu merentas negeri pada jam 5 petang, lapor Kosmo.

ADVERTISEMENT

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Lee Chong Chern, pihaknya telah mengambil tindakan ke atas lelaki berkenaan pada 18 Februari lalu sebelum video itu tular

“Selepas pemeriksaan, dia tidak mempunyai kebenaran untuk merentas negeri semasa melalui SJR”

Sewaktu pihak polis meminta dia menunjukkan kad pengenalan berserta lesen memandu, lelaki berkenaan bertindak membaling kad-kad tersebut kepada anggota yang bertugas.

Akibat perbuatannya, polis terus menahannya kerana bertindak kasar, tidak memberi kerjasama dan mengahalang petugas menjalankan tugas di SJR.

“Dia mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis”

Dilaporkan, lelaki ini bergerak dari Butterworth (daerah Seberang Perai Utara) menuju ke Bagan Serai, Perak. Boleh dilihat menerusi video di atas kelakuannya yang tidak menyenangkan kepada pihak polis.

Siasatan lanjut mendapatai lelaki berkenaan mempunyai rekod rawatan (sakit) mental di Hospital Taiping, Perak sehingga kini.

Kredit : Kosmo Online

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh!Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas